Tips Cegah Batu Karang pada Kucing

Hi Pembaca Semua, 

Apak Misai nak kongsi info penting ni....

Pernah dengar tentang penyakit batu karang pada kucing atau Feline Lower Urinary Tract Disease (FLUTD)? 

Kalau anda merupakan pencinta kucing dan ada bela banyak kucing di rumah, anda kena tahu tentang bahaya, penyebab dan tips untuk mengelak kucing kesayangan anda daripada penyakit ini!.

Ringkasnya, Batu Karang kucing ini merupakan penyakit berkaitan saluran kencing kucing yang tersumbat akibat daripada pemakanan, dan gaya hidup seekor kucing. Biasanya, FLUTD  (kita pakai nama saintifiknya..senang nak ingat) ini mudah terjadi kat kucing jantan(Geng Apak laa). Disebabkan saluran kencing kucing jantan lebih kecil berbanding kucing betina.

Apak Misai tak pandai nak terangkan secara saintifik, cukuplah Apak guna "Layman" term dan pengalaman kawan Apak yang pernah terkena penyakit batu karang ni...Sengsara ya kawan-kawan! 


PENGALAMAN KENA BATU KARANG

Kawan Apak pernah admitted ke klinik haiwan dan sedih ya! mama beliau tak ada pengetahuan langsung mengenai simptom dan cara merawat batu karang peringkat awal.

 Akibatnya, kawan Apak pun terpaksa admitted seminggu dan kos operasi mencecah RM 700(terkedu mama)...


SIMPTOM AWAL:

a. Kucing menghadapi kesukaran untuk kencing

b. Kucing kerap ke litter box (tapi kencing dalam jumlah yang sedikit)

c. Kucing kerap menjilat (tettt) 

d. Kucing Kencing  merata (walaupun sudah dineutered)


SIMPTOM SERIUS:

a. Kucing kencing berdarah

b. Kucing lemah dan tidak aktif

c. Kucing mengalami kegagalan organ penting seperti buah pinggang rosak (kerana sistem perkumuhan tidak beroperasi secara normal)

d. Kucing boleh mati jika tidak dirawat dengan segera!

Hah!mama dan papa kucing diluar sana....Jangan Risau! Apak tengah mood baik untuk share tips penjagaan kucing untuk mencegah penyakit FLUTD.

_____________________________________________________________________________

First of all, 

mama/papa kena tahu PENYEBAB/ FAKTOR PENYUMBANG FLUTD.

1. Makanan terlalu tinggi garam dan kucing makan terlebih protein (kiranya makanan tidak seimbang).

2. Kurang  minum air.

3. Kucing banyak dan berkongsi litter box.Dah lah banyak, kalau mama dan papa malas nak bersihkan litter box, aduhhhh...(kucing jenis pembersih--tak suka litter box kotor).

4. Stress( dah duduk himpit2, sesak...) dapat pulak adik beradik suku sakat suka cari gaduh, makanya stress berpanjangan....

**Apak hanya senaraikan info berdasarkan pengalaman kawan Apak. Sekiranya, mama dan papa ada pengalaman dan tahu lebih lanjut, silakan berbagi info ya..


TIPS PENCEGAHAN(BUKAN RAWATAN UNTUK KES SERIUS)

1. Cari makanan kucing (yang rendah garam, seimbang dan mengandungi nutrisi yang kucing perlukan)...Sebagaimana sedia maklum, makanan berwarna-warni (bak citrawarna Malaysia) bukan tak boleh, tapi kena check kandungan makanan tersebut.

2. Sediakan bekas air bersih (Air Coway, Cukoo pun boleh--asalkan air bersih) secukupnya dan tempatkan bekas air di kawasan yang mudah diakses oleh kucing anda.

3. Bersihkan litter box sekurang-kurangnya 2 kali sehari. INI PENTING UNTUK MAMA DAN PAPA yang bela BANYAK anak bulus (kucing ler...anak bulus ni boleh macam2 jenis).

4. Kalau kucing ada banyak! logiklah kiranya mama dan papa BANYAKKAN  LITTER BOX! Sebab sesetengah kucing (tak semua la ya!) tidak suka berkongsi litter box( ini biasa pada kucing ada pembawakan kayangan)

5. Sediakan ruang santai/tidur/bermain yang aman damai (bukan suasana perang 24jam) sebab kucing adalah mahkluk "introverted"(Privacy adalah segala-galanya!) untuk mengelak daripada keadaan STRESS.

Tips tambahan: Jangan suka-suka pindah randahkan tempat makan/minum/litter box kucing anda. Ini akan menyumbang kepada "Anxiety Attack" yang akhirnya menyebabkan kucing anda stress....

(Mama Apak pun pernah buat, tapi dia dah insaf dah....Ye la...Pagi tadi Apak tengok litter box kat belah kanan penjuru dapur, petangnya boleh pulak hilang, dah time-time tengah nak memerut, tetiba nampak litter box ada kat luar rumah, jauh pulak tu...(stress Apak nak jalan keluar--kalau Si Bella ada santai-santai kat luar tu, takpa jugak kan...boleh ngorat)


Tapi kalau dah terkena, apa mama papa kena buat?

Tips ni Mama Apak pun 'googled' sendiri:

Untuk peringkat awal rawatan (kes yang ada tanda-tanda awal)

1. Blender sebiji (brp biji terpulang la) lobak putih dan perah airnya. Beri kucing minum menggunakan picagari( yang ni mama papa kena kentalkan hati ya!bukan senang nak paksa kucing minum air pati lobak putih ni sebab rasanya yukkk!Pahitt....

Berapa sukatan???

Kalau picagari kecik : sekurang-kurangnya 0.5 ml

Kalau picagari besar : sama seperti diatas 

Berapa kali nak beri???

Seberapa kali yang mama papa nak(selagi simptom masih ada)

Berkesan tak???

Terpulang lah kepada keadaan kucing mama dan papa! Kalau awal dikesan, dapatlah dicegah! Kalau sudah terlambat--Rwatan pakar dari klinik haiwan dan operasi adalah jalan terbaik!

2. Berikan kucing anda makanan basah (seimbangkan makanan basah dan makanan kering) supaya kucing anda kekal ter-hydrasi

Dah Faham? Ada soalan lain? Tinggalkan diruang komen...Nanti Apak layan satu-satu ya...Jika mama papa rasa info ini berguna, jangan lupa SHARE!


Salam Sayang,

Apak Misai.

(Hanya kucing, bukan pakar)


Disclaimer: Segala maklumat yang Apak Misai kongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan pengetahuan umum semata-mata. Apak Misai tidak bertanggungjawab di atas segala kemungkinan yang berlaku sekiranya pembaca layan dan amalkan tips dari entries Apak Misai. Terima Kasih!

Comments